How It’s Made

Cara membuat kaca ukir

Seni kaca ukir boleh kita hasilkan dengan berbekalkan sedikit bakat melukis dan beberapa alat dan mesin untuk membantu dalam proses pengukiran itu sendiri. sebahagian besar alat dan mesin untuk proses pengukiran kaca ini terpaksa kami bina sendiri disebabkan harga barangan yang mencecah puluhan ribu ringgit serta alat ganti yang sebahagian besarnya perlu diimport dari luar negara.Namun untuk menghasilkan satu karya yang bemutu dan dapat diterima di pasaran, Mesin yang canggih dan mahal bukanlah jalan penyelesaian tunggal, apa yang penting adalah kemahuan , kreativiti dan prinsip para artis dalam mancari jalan alternatif dan pada saat yang sama mengekalkan mutu hasil karya mereka.

Disini saya ingin berkongsi sedikit tentang bagaimana proses kaca ukir itu dihasilkan. Mungkin apa yang saya paparkan ini bukanlah yang terbaik atau terlengkap dari yang lain, tetapi asas proses ini sebahagian besar adalah sama dengan apa yang dilakukan para pengukir kaca di seluruh dunia.

Langkah pertama adalah menentukan size atau ukuran cermin yang di tempah oleh pelanggan atau untuk keperluan kita sendiri, Setelah cermin dipotong, proses pertama adalah melekatkan blasting resist pada cermin tersebut untuk memmudahkan proses image transfer atau melukis diatas cermin.

Gambar dibawah adalah proses pertama melukis dengan pencil untuk mendapatkan draft dari design sebenar.Image

Langkah selanjutnya adalah membuat highlight pada garisan atau pencil sketch sebelumnya dengan menggunakan pen yang lebih besar…atau marker pen dalam bahasa ong puteh.

Gambar dibawah ni adalah hasil line highlight , kelihatan imej lebih terang dan siap untuk proses selanjutnya.

Image

Setelah Proses highlight, Imej ini siap untuk di potong. Proses pemotongan ini dilakukakn pada garis bold image. Kita mesti memastikan bahagian mana yang harus dipotong dan di dedahkan untuk proses sand blasting, dimana imej yang terdedah akan terukir di dalam mesin blasting dan yang masih mempunyai blasting resist akan tetap seperti cermin.

Gambar dibawah adalah tahap pemotongan resisit yang mendedahkan imej yang akan di blasting dan yang akan tetap tertutup oleh resist.

Image

Image

Selepas membuat final check pada design tadi, langkah selanjutnya adalah blasting process. Cermin dimasukkan ke dalam mesin untuk diukir.

Gambar dibawah adalah contoh mesin Blasting yang biasa digunakan, Versi ini masih melakukan pengukiran secara manual dan versi yang lebih canggih dan mahal adalah mesin yang dapat mengukir Kaca secara automatik.

Image

Proses ini dikategorikan sebagai proses yang paling penting dalam menentukan hasil ukiran. Untuk ukiran biasa , cermin akan diukir dengan tekanan yang rendah atau medium dan tidak mengambil masa yang lama, manakala untuk kaca ukir timbul, proses pengukiran mengambil masa yang agak lama dan tahap kesukaranya juga meningkat.

Gambar dibawah adalah hasil akhir untuk project cermin landscape. Cermin ini diukir rata pada permukaan cermin 4 mm dan selanjutnya di drill 4 lubang di setiap sisi untuk di pasang pada dinding ruang tamu.

Image

Demikian lah sedikit ilmu yang dapat saya share, dan mudah mudahan dapat membantu para peminat seni terutamanya kaca , untuk lebih memahami tentang seni kaca ukir.

 

Warm regards

Sudi Laoki

Leave a comment